Lab Pemantapan Prestasi Kewangan dan Tadbir Urus Bagi Pengurusan Tertinggi Agensi Dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka

 
BANDARAYA MELAKA 7 September - YBhg Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, menghadiri Lab Pemantapan Prestasi Kewangan dan Tadbir Urus Bagi Pengurusan Tertinggi Agensi dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
 
 
Turut hadir, YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Abd Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; dan YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
 
 
Lab Pemantapan selama dua hari ini melibatkan 13 Agensi Kerajaan Negeri; 67 anak Syarikat, 4 syarikat menurut jaminan (CLBG) dan 11 Syarikat Bersekutu di mana setiap agensi dan anak syarikat kerajaan negeri akan membentangkan perancangan perniagaan mereka.