Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Kerjaya Bagi Ketua Unit Inspektorat & Perundangan Negeri 2022

BANDARAYA MELAKA, 26 Oktober - Sekitar Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Kerjaya Bagi Ketua Unit Inspektorat & Perundangan Negeri 2022 bertempat di Kings Green Hotel City Centre, Melaka anjuran Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Sektor Inspektorat dan Perundangan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis telah di jemput untuk memberikan taklimat yang bertajuk "Kesihatan Persekitaran ke Pentadbiran Awam; Pengurusan & Pembangunan Profesion PKP & PPKP di MBMB".

Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Kerjaya Bagi Ketua Unit Inspektorat & Perundangan Negeri 2022 melibatkan kehadiran seramai 25 orang Ketua-Ketua UIP Negeri seluruh Malaysia.

Semoga melalui usaha mengadakan kursus seumpama ini dapat mencapai matlamat dan halatuju bagi memperkukuhkan sekaligus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan persekitaran kepada sektor awam dan masyarakat.