.
Hari Bertemu Rakyat Bersama YAB Ketua Menteri Melaka
PENGKALAN BATU 9 Mac - Sekitar Majlis Hari Bertemu Rakyat Bersama YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Hj. Sulaiman bin Md Ali Ketua Menteri Melaka di Dewan Japerun Pengkalan Batu diiringi YB Datuk Wira Zaidi bin Johari Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Hjh. Kalsom binti Noordin Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka merangkap Adun Pengkalan Batu, YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir merangkap Adun Ayer Molek, Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman Datuk Bandar MBMB dan YBrs. Tuan Azahar bin Hj. Mohamed Setiausaha Bandaraya.

Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka adalah peluang terbaik untuk rakyat bersemuka untuk menyuarakan aduan atau permasalahan yang dihadapi tanpa karenah birokrasi melalui saluran jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan. MBMB telah menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak untuk memudahkan orang awam melakukan pembayaran Cukai Taksiran dan Kompaun.