.
Hari Bertemu Pelanggan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2023
AYER KEORH 12 September - Hari Bertemu Pelanggan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2023 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Taming Sari, MBMB. Program ini telah dirasmikan oleh Clr. Abd Razak bin Abu, Ketua Ahli Majlis MBMB, serta hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ahli- Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit MBMB serta anggota MBMB. Turut hadir, Pengarah SW Corp, Tn. Khairuladha bin Ab Mutalib bagi membantu mencari jalan penyelesaian aduan awam.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada agensi- agensi yang terlibat iaitu , CMI Infrastructure, Selia Selenggara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran , Pejabat Daerah dan Melaka Tengah, SW Corp, TNB, Majlis Perbandaran Hang Tuan Jaya, Syarikat Air Melaka Berhad, Bank Negara Malaysia serta Unifi. Turut membuka kaunter aduan adalah Jabatan dalaman MBMB, kaunter kewangan , cukai taksiran Harta, Penguatkuasaan dan teknikal MBMB.

Turut diadakan juga Taklimat DuitNow perbankan atas talian oleh Bank Negara Malaysia kepada penganjur pasar malam. Terima kasih juga kepada Jabatan Perancangan Bandar bagi pameran Zon Bebas Kenderaan dan Perbadanan Bioteknologi Melaka untuk program saringan darah Cancer Marker serta pihak Milo dan Mamee yang memberikan makanan dan minuman secara percuma.
Semoga segala permasalahan dan aduan yang diterima dapat diselesaikan bagi memberi perkhidmatan terbaik dan efisien kepada warga Bandaraya .