Bengkel Kawalan Kos Dalam Kerja Konservasi Bangunan Warisan Siri 2/2023

 
BANDARAYA MELAKA 15 Mac - Sekitar Bengkel Kawalan Kos Dalam Kerja Konservasi Bangunan Warisan Siri 2/2023 yang telah dirasmikan oleh YBrs. Clr. Abd. Razak bin Abu, Ketua Ahli Majlis MBMB mewakili YBhg. Datuk Bandar MBMB. Turut hadir Tuan Ts. Hj. Kamarudin bin Md. Said, JWN Conservator, Anjung Teknik Heritage Conservation Services. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disampaikan oleh Tuan Haji Anuar bin Dolmat; Pengarah Kawalan Bangunan, MBMB.
 
Bengkel ini juga membuktikan keprihatinan serta komitmen yang konsisten kepada semua pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama melindungi, memelihara serta memulihara bangunan warisan yang terdapat di Malaysia amnya dan Melaka khasnya. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada Ahli-ahli Majlis MBMB, agensi-agensi kerajaan, kontraktor, arkitek, pelukis pelan, pelajar serta individu perseorangan yang telah hadir ke bengkel tersebut.
 
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari dari 14 hingga 15 Mac 2023 ini telah dikendalikan oleh 4 orang penceramah iaitu :
 
1. Sr. Saravanan Subramaniam
(Managing Director, SG Contract Services Sdn.Bhd.)
 
2. Sr. Dr. Umi Kalsum binti Zulkafli @ Zulkifly
(Department of Quantity Surveying Falculty of Built Environment, Universiti Malaya)
 
3. Sr. Ts. Mohamad Razif bin Mohamad Nor
(Juruukur Bahan, Cawangan Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Warisan Negara)
 
4. Tuan Ts. Hj. Kamarudin bin Md. Said,
(JWN Conservator, Anjung Teknik Heritage Conservation Services)
 
Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh semua profession yang berkepentingan agar aset warisan ini berkekalan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang sebagaimana kita menerimanya dari masyarakat terdahulu.