Anugerah MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2022

KUALA LUMPUR 16 Januari - Sekitar Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah bagi Anugerah MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2022 anjuran Malaysian Institute of Planners (MIP) yang telah berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah kerana telah diiktiraf sebagai pemenang bagi projek dan kategori seperti berikut :
 
 
1. Kategori 'Innovative Planning Award'
Anugerah Silver bagi Projek 'Sistem Pejalan Kaki Automatik (SiPKA)'
2. Kategori 'Innovative Planning Award'
Anugerah Bronze bagi Projek 'Decarbonization Via Solar Rooftop With IOT Energy Management System'
3. Kategori 'Strategic Planning Award' Anugerah Bronze bagi Projek 'Resilient Melaka'
 
Bagi Kategori 'Innovative Planning Award' bagi Projek SiPKA dan Smart Grid, hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Prof Dato Dr. TPr. Alias Abdullah, Past President MIP dan Advisory Council MIP manakala bagi Kategori 'Strategic Planning Award', hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Hj. Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Ketua-ketua Jabatan dan pegawai kanan MBMB.
 
Pengurusan tertinggi MBMB mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja MBMB di atas pencapaian demi pencapaian yang telah diterima oleh MBMB untuk sentiasa berdaya saing menghasilkan produk baharu atau perkhidmatan yang lebih baik dalam menyampaikan nilai tambah kepada warga bandaraya. Tahniah sekali lagi!