.
Sekitar Kunjungan Auditor Dari Bahagian Perunding Kejuruteraan, JKT, KPKT
AYER KEROH 29 Jun - Sekitar kunjungan auditor dari Bahagian Perunding Kejuruteraan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Audit ini dijalankan bagi tujuan penambahbaikan kepada Garis Panduan Pematuhan Perangkap Minyak sedia ada dan juga untuk menilai pematuhan MBMB terhadap syarat perangkap minyak yang telah disyaratkan kepada premis-premis milik MBMB dan dalam kawasan pentadbiran MBMB.

Dua (2) jenis medan selera telah dipilih untuk diaudit iaitu Medan Selera RNR Cheng (Kategori Medan Selera MBMB) dan Medan Selera Krubong (Kategori Swasta).
Majlis pembuka dan penutup audit telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian (Risiko), Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBMB, Puan Aznitah Binti Ahmad dan sesi audit ini diketuai oleh Cik Raihani binti Cik Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perunding Kejuruteraan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terima kasih kepada semua peniaga dan anggota yang teibat bagi menjayakan sesi audit ini.