Program Perasmian Gotong Royong Perdana Universiti Melaka (Unimel)

KUALA SUNGAI BARU 28 Jun - Sekitar Program Perasmian Gotong Royong Perdana Universiti Melaka (Unimel) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara yang mewakili YAB Datuk Seri Utama Hj.Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka.
 
Turut hadir YBrs. Tuan Sulaiman bin Atan, Setiausaha Bandaraya mewakili YBhg. Datuk Bandar, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan yang terlibat dalam program Gotong-Royong Perdana Universiti Melaka (Unimel).
MBMB telah mula berkampung di UNIMEL mulai 20 Jun 2022 yang lepas bersama-sama agensi lain bagi bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan UNIMEL dalam keadaan bersih dan selesa. MBMB turut menyumbang RM20,000 bagi kerja-kerja mengecat bangunan, kerja-kerja pembaikan dan pembersihan kawasan sekitar UNIMEL.
 
Seramai 50 orang anggota daripada Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran terlibat bagi tujuan gotong-royong ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota MBMB yang telah menjayakan program tersebut.