Program Kitar Semula MBMB Bersama Komuniti

AYER MOLEK 25 Jun - Sekitar Program Kitar Semula MBMB bersama Komuniti yang telah diadakan di Tapak Parkir Klinik Kesihatan Air Molek, Melaka sehingga jam 2.00 petang tadi. Turut hadir pada program ini Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir merangkap ADUN Air Molek.
 
 
 
 
Jumlah kutipan barangan kitar semula adalah 1319.35 kg dengan jumlah keseluruhan belian semula adalah RM1032.50 mengikut kategori seperti berikut :
Biodiesel : 268.6kg (RM671.50 )
Fabrik : 154 kg (RM 15.40)
Barangan 3R : 268.75 kg (RM200.35 )
E-waste : 628 kg (RM 110.60)
 
MBMB ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada agensi yang bekerjasama untuk menjayakan program ini antaranya SWCorp, Meriahtek (M) Sdn. Bhd. dan CSE Enterprise serta semua warga Bandaraya yang telah turut serta dan menyokong program ini. Teruskan menyayangi alam sekitar kita dan jom amalkan hijau!