Lawatan Turun Padang Oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Bin Md Ali ke Pasar Besar MBMB

BANDARAYA MELAKA 24 Jun - Sekitar lawatan turun padang oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Bin Md Ali ke Pasar Besar MBMB. Turut sertai lawatan tapak ini adalah YB Ngwe Hee Sem, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Tenaga Kerja, Perhubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Pengarah KPDNHEP Negeri Melaka, Puan Norena Jaafar, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Tuan Rohaimi Zawawi bagi tujuan meninjau kedudukan harga dan bekalan barangan keperluan isi rumah bagi menjamin kestabilannya.
Hadir sama YBrs. Tuan Sulaiman Hj. Atan, mewakili YBhg. Datuk Bandar MBMB, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai Kanan MBMB.
 
 
Di dalam pertemuan tersebut, YAB Ketua Menteri telah mengingatkan kepada para peniaga agar memberi kerjasama untuk mematuhi keputusan kerajaan dalam penetapan harga siling bagi penjualan barang-barang keperluan asas terutamanya bahan kawalan.
Dalam keadaan sekarang, peniaga janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami oleh semua pihak dan pembeli juga memainkan peranan menjadi pembeli yang bijak agar harga barang tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab.
 
Pihak KPDNHEP turut menyatakan bahawa mereka sentiasa akan memantau harga barang kawalan di pasaran serta memesan orang ramai turut menjadi mata dan telinga KPDNHEP untuk melaporkan sebarang salah laku peniaga supaya dapat mengekang penyalahgunaan peletakan harga terus berleluasa.