Lawatan Sambil Belajar Pelajar-pelajar Ijazah Jurusan Sains Universiti Teknologi Malaysia Ke MBMB

AYER KEROH 15 Jun - Sekitar Lawatan sambil belajar oleh Pelajar-pelajar Ijazah Jurusan Sains (Pentadbiran & Pembangunan Tanah) Universiti Teknologi Malaysia ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
 
Seramai 49 orang delegasi, diwakili oleh Dr. Wan Ibrisam bin Wan Ismail; Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia telah disambut baik oleh Tuan Sr. Hj. Mohd Nasir bin Bakri; Pengarah Pengurusan & Penilaian Harta MBMB.
Tujuan lawatan ini untuk berkongsi pendapat dan perbincangan mengenai pengalaman MBMB dalam pengurusan dan praktik pengurusan harta di bawah Bandaraya Melaka Bersejarah. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dalam menambah pengetahuan yang boleh digunapakai dalam bidang masing-masing.