Personal Data Protection Act

PENGENALAN
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atau “MBMB” sentiasa komited dalam melindungi privasi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Malaysia. Notis ini menjelaskan bagaimana MBMB memproses data peribadi pelanggan bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya. Proses penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Pengumpulan data peribadi menerusi borang permohonan pelanggan, sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem rangkaian, dalam usaha untuk menilai keperluan anda dan memberi anda perkhidmatan yang lebih baik.

PENGUMPULAN
MBMB mengandungi maklumat termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, gelaran, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/nombor passport, nama dan maklumat majikan/syarikat, alamat rumah dan/atau pejabat, nombor telefon (seperti nombor telefon bimbit, telefon pejabat dan/atau telefon rumah), nombor faksimili, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status hubungan/perkahwinan, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat mengenai tanggungan (seperti hubungan mereka dengan anda, nama, alamat dan nombor telefon, nombor kad pengenalan/nombor passport, tarikh lahir, umur, jantina), maklumat kesihatan peribadi (termasuk sejarah dan maklumat perubatan), imej (seperti gambar foto) , maklumat pihak ketiga , maklumat perjanjian sewa dan kebenaran tuan tanah (secara kolektifnya “Data Peribadi”). Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang MBMB perlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, MBMB tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda.

SUMBER PENGUMPULAN
MBMB mendapatkan data peribadi dengan cara:
1. Borang – borang sama ada di laman sesawang www.mbmb.gov.my atau secara manual
2. Web log
3. Cookies
4. Alamat Ip
5. Maklumat tambahan pihak ketiga

TUJUAN PENGUMPULAN
Himpunan data peribadi yang dikumpul digunakan untuk :
1. Memproses permohonan anda menggunakan perkhidmatan MBMB.
2. Menetapkan jenis perkhidmatan mengikut pilihan anda.
3. Menyelesaikan aduan atau masalah perkhidmatan sekiranya berlaku.
4. Memperkenalkan sebarang perkhidmatan dan tawaran istimewa kepada
pihak ketiga.

BAGAIMANA DIPROSES
MBMB memproses data peribadi hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web http://www.mbmb.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan melalui mana-mana sistem dalam talian MBMB. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

PENZAHIRAN
MBMB menzahirkan data peribadi anda kepada:
1. Mana-mana agen, kontraktor, penyedia perkhidmatan, pengedar, sistem
pembayaran atau bank pengantara.
2. Penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga yang MBMB namakan sama
ada bersendiri atau secara bersama dengan lain-lain penyedia
perkhidmatan.
3. Syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan yang bertindak sebagai
agen atau kontraktor MBMB.
4. Juru audit, akauntan dan panel peguam yang dilantik oleh MBMB
5. Badan-badan penyelaras atau pihak berkuasa kerajaan yang sejajar
dengan keperluan di bawah undang-undang atau ke arah pengesanan
dan pencegahan jenayah dan/atau penipuan.
6. Pihak-pihak tertentu MBMB atau pihak yang berkepentingan dengan
MBMB mungkin perlu dedahkan untuk tujuan undang-undang,
mahkamah, regulator atau proses guaman.

LANGKAH KESELAMATAN
MBMB berusaha sedaya upaya untuk menyimpan maklumat mengenai
pelanggan secara lengkap, terkini dan tepat. Sebarang maklumat tidak tepat
yang dibawa ke pengetahuan MBMB akan diperbetulkan secepat mungkin
setelah diberitahu.
1. Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut
kehendak Akta 709.
2. Memastikan anggota MBMB tidak menyalahgunakan data peribadi anda.
3. Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak
pembekal/kontraktor dilantik. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem
dalam talian, pelanggan bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan
dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi
mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda. Anda
juga boleh berhubung menerusi emel it@mbmb.gov.my secara bertulis
mengenai sebarang masalah yang mungkin anda hadapi mengenai
pematuhan notis ini.

TEMPOH PENYIMPANAN
MBMB menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undangundang dan peraturan serta keperluan dalaman. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan atau membatalkan kontrak, segala data peribadi akan dihapuskan secara kekal.

PELANGGAN MBMB
Pelanggan berhak untuk:
1. Membetulkan dan mengemaskini data peribadi sendiri sahaja.
2. Mengakses data peribadi sendiri sahaja.
3. Menghentikan atau menolak meneruskan perkhidmatan MBMB.
4. Menarik balik persetujuan memproses data peribadi sendiri sahaja.
5. Boleh meminta data peribadi sendiri sahaja dipinda bagi tujuan ketepatan
dan kesesuaian.

HUBUNGI KAMI
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi yang berkaitan dengan perkhidmatan, anda boleh email di it@mbmb.gov.my atau berhubung melalui talian 06- 2859700.

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.pdp.gov.my/

 

Muat Turun: