Pengecualian Pembayaran Fi Lesen Beca Bagi Tahun 2022

 

 

Pengusaha Beca Melaka Bakal Perbaharui Lesen 2022 Secara Percuma

Seramai 371 pengusaha beca Negeri Melaka bakal menerima pengecualian pembayaran fi lesen beca bagi tahun 2022 sempena pemberian insentif Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 oleh MBMB.

Lesen Beca Tahun 2022 akan diserahkan mulai 19-20 Januari 2022 di Kompleks Renang MBMB Banda Hilir, Melaka mulai jam 9.00am - 4.00pm.

Semoga dengan bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengusaha beca meringankan beban sepanjang tempoh getir ini disamping menghargai jasa mereka sebagai duta kecil yang turut mempromosikan negeri Melaka.