Kami ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjana ekonomi dengan menjual semula sisa barangan di rumah anda!
Tarikh: 22 FEBRUARI 2025 (SABTU)
Masa: 9 pagi ~12.00 tengahari
Lokasi: Dataran Bandaraya MBMB
1. Penghantaran Naskhah Al-Quran bagi tujuan pemuliaan (pelupusan) dan penukaran Naskhah Al-Quran yang tidak mempunyai cop pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri (terhad kepada 100 naskah Al-Quran terawal dan 1 naskhah bagi setiap keluarga). Sila patuhi tatacara penghantaran seperti di dalam poster.
2. Minyak masak terpakai : RM 3.00 per kg
3. Barangan 3R iaitu botol plastik, alumunium, besi, kertas dan kotak oleh SWCorp : Rm 0.15 ~ Rm3.20 per kg bergantung kepada jenis barangan.
4. Botol kaca dan tetrapak iaitu kotak minuman : RM0.075 dibayar melalui aplikasi Kitarecycle. Pinggan dan periuk kaca tidak diterima.
5. Fabrik (termasuk baju terpakai samada yang masih elok atau lusuh, kasut, soft toys, beg, langsir, cadar, tuala, kain alas meja) : Rm0.10 per kg
6. Sisa barangan elektronik (e-waste) : RM0.20 per kg
7. Sisa Makanan (tamat tempoh / kering sahaja) : Rm 0.10 per kg