Penggunaan Aplikasi Tempat Letak Kereta Digital Baharu “Melaka Smart Parking” Di Bawah Pengurusan MBMB

Mulai 29 September 2024 (Ahad), pengguna boleh mula memuatturun aplikasi tempat letak kereta digital baharu iaitu MELAKA SMART PARKING bagi menggantikan aplikasi lama iaitu SVP Smart Parking Melaka yang diuruskan oleh Syarikat Syntax Valley Parking (M) Sdn. Bhd. sebelum ini.

Tarikh kuatkuasa penggunaan aplikasi baharu Melaka Smart Parking adalah mulai 2 Oktober 2024 (rabu). Orang awam dan pengguna dinasihatkan untuk mula memuatturun aplikasi baharu pada tarikh yang telah dimaklumkan melalui Google Play Store (Android) dan bagi pengguna Apple (ios) melalui pautan https://melakasmartparking.mbmb.gov.my/

Sila ambil maklum bahawa pengguna yang mempunyai baki kredit di dalam aplikasi sebelum ini akan dimasukkan secara automatik selepas anda mendaftar dengan aplikasi baharu Melaka Smart Parking dengan menggunakan ID yang sama dalam aplikasi yang lama.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Penguatkuasaan Hasil, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ditalian 06-2881802 atau 013-3029700 (whatsapp aduan).

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Thursday 24 April 2025, 00:13:42.

Total Visitors

04135610

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.