MAKLUMAN
Inisiatif Khas Aidilfitri: Parkir Percuma 1 hingga 7 Syawal di Melaka
Berita gembira buat rakyat Malaysia khususnya warga Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan sukacitanya mengumumkan Inisiatif Khas Aidilfitri- Parkir Percuma bermula 1 Syawal hingga 7 Syawal 1446H di Bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya yang pulang beraya serta mengunjungi lokasi tumpuan di seluruh negeri Melaka khususnya di dalam kawasan pentadbiran MBMB kecuali kawasan parkir berpalang.