| Tenangkan jiwa dan minda anda dengan menikmati keindahan berbagai flora tempatan di Taman Seribu Bunga, Jalan Seri Negeri – Gapam ini.
 Terdapat lebih daripada 1000 spesis pokok bunga –bungaan tropika di taman salju ini. Dengan keluasan 12 ekar, anda dapat bersiar –siar di seluruh taman ini dan menyaksikan warna –warni bunga –bungaan yang sentiasa dihiburkan dengan kicauan unggas. Sebuah tasik buatan seluas 300 kaki persegi juga terdapat di taman ini. Hubungi MBMB: 06-2305554 |