English | Bahasa Malaysia | Bahasa Lain
Kecilkan Teks | Besarkan Teks | Kembali ke Asal | Teks Warna Merah | Teks Warna Biru | Teks Warna Hijau | none | none | none | none | Tema Biru | Tema Hitam | Tema Coklat | Tema Asal
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

URUSETIA PUSAT SETEMPAT

 

CARTA ORGANISASI



* Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

PENGENALAN

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Urusetia Pusat Setempat (OSC) di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan di dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007.

Dengan penubuhan Urusetia Pusat Setempat (OSC) ini, norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan. Selain itu, kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan bangunan dan permohonan untuk mendapat kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan.

Pusat Setempat akan menerima permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak supaya dapat diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal untuk mendapatkan ulasan dan pandangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Satu Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) akan ditubuhkan bagi menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan-permohonan yang diterima. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PBT dan dianggotai oleh semua jabatan/agensi teknikal yang terlibat. Jawatankuasa ini diberi kuasa penuh oleh PBT untuk memproses dan menimbang permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan serta membuat perakuan bagi permohonan pembangunan tanah.

Unit Pusat Setempat Majlis Bandaya Melaka Bersejarah (MBMB) telah dilaksanakan secara rasminya bermula pada 13 April 2007.

MATLAMAT UNIT OSC

Matlamat penubuhan Pusat Setempat adalah memastikan permohonan kelulusan pembangunan dan pemajuan tanah yang lengkap, diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) sekaligus meningkatkan sistem penyampaian kerajaan di pihak berkuasa tempatan.

OBJEKTIF UNIT OSC
 

  • Menyelaras dan memudahkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan pembangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan;
     
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina(JKB) dalam tempoh enam(6) bulan ; dan
     
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).


FUNGSI UNIT OSC

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melalui Urusetia Pusat Setempat (OSC).

Fungsi Pusat Setempat (OSC) ini ialah:

  • Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Urusetia Pusat Setempat (OSC);
  • Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
  • Membuat perakaun permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
  • Menyediakan pelaporan berkala.
     
Bagi melancarkan perjalanan Urusetia Pusat Setempat (OSC) ini, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar.

Sila klik Sistem OSC Online untuk maklumat lanjut.


PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  • Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang.
  • Permohonan Kelulusan Pecah Sempadan, Tukar Syarat dan Serahan dan Pemberimilikan Semula.
  • Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan.
  • Permohonan Kelulusan Pelan Jalan dan Parit.
  • Permohonan Kelulusan Pelan Kerja Tanah.
  • Permohonan Kelulusan Pelan Landskap.
  • Permohonan Menamakan Taman dan Jalan.
  • Permohonan Sijil Perakuan dan Pematuhan (CCC).


AKTIVITI JABATAN - RUJUK JADUAL MESYUARAT OSC

 

Pages: 1  2  

Bookmark and Share
Paparan : 1858
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 November 2011
Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Terma & Syarat |   Dasar Privasi |   Dasar Keselamatan |   Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768