English | Bahasa Malaysia | Bahasa Lain
Kecilkan Teks | Besarkan Teks | Kembali ke Asal | Teks Warna Merah | Teks Warna Biru | Teks Warna Hijau | none | none | none | none | Tema Biru | Tema Hitam | Tema Coklat | Tema Asal
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Pengangkutan Awam


Melaka Sentral


Bandaraya Melaka mempunyai sebuah terminal pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali sebagai Melaka Sentral dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia. Melaka Sentral merupakan pusat perhentian bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia pada hari ini. Tiada pusat perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral.


Peta Laluan Bas Awam Melaka Tengah


Peta Laluan Bas Awam Melaka Tengah


Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang digunakan untuk penerbangan penghantaran dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Batu Berendam sedang dalam proses naik taraf dan dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak, pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.


Jalan keluar Ayer Keroh


Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

 

Bookmark and Share
Paparan : 4008
Tarikh Akhir Dikemaskini : 22 Jun 2011
Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Terma & Syarat |   Dasar Privasi |   Dasar Keselamatan |   Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768