English | Bahasa Malaysia | Bahasa Lain
Kecilkan Teks | Besarkan Teks | Kembali ke Asal | Teks Warna Merah | Teks Warna Biru | Teks Warna Hijau | none | none | none | none | Tema Biru | Tema Hitam | Tema Coklat | Tema Asal
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Panduan dalam Kebersihan dan Pelupusan Sampah


Kategori Sampah
 

1. Sampah Kediaman

Di taman perumahan, sampah dikutip oleh MBMB sebanyak 3 kali seminggu.
Di kawasan kampung, sampah dihantar ke tong sampah berpusat yang disediakan oleh MBMB.
 
2. Sampah Perniagaan
Dikutip oleh MBMB pada setiap hari di pusat bandar sahaja.
Penggunaan tong sampah jenis plastik (polyethylene) dengan tutup  bersaiz sekurang- kurangnya 60l dan bersangkar serta penggunaan beg plastik untuk membungkus sampah adalah wajib bagi rumah kediaman.
Penggunaan tong sampah jenis plastik (polyethylene) beroda dua dengan tutup bersaiz sekurang-kurangnya 120l serta penggunaan beg plastik untuk membungkus sampahjuga diwajibkan untuk premis perniagaan
 
3. Sampah Kebun / Taman
Dibuang oleh penghuni terus ke tapak pelupusan sampah MBMB di Krubong atau menghubungi MBMB untuk perkhidmatan dengan kadar yang ditetapkan.
 
4. Sampah Binaan / Renovasi
Dibuang oleh kontraktor terus ke tapak pelupusan sampah MBMB atau menghubungi MBMB untuk perkhidmatan dengan kadar yang ditetapkan.
 
5. Sampah Kilang / Pasaraya / Hotel
Sampah kilang / pasaraya / hotel hendaklah dibuang sendiri ke tapak pelupusan sampah MBMB.
Sisa toksik hendaklah dilupus seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
 

Tapak Pelupusan Sampah MBMB
  
 Lokasi: Mukim Krubong
 Jarak: 15 km dari pusat bandar
 Jenis: Tapak pelupusan sampah
 

Kadar Bayaran Perkhidmatan
 

Berat Lori (Tanpa Muatan)

Kadar Yang Ditetapkan

Kurang 3 tan

RM 4.00

3 - 7 tan

RM 8.00

Melebihi 7 tan

RM 12.00

 

Larangan
 
Membuang sampah merata-rata.
Melonggokkan sampah di bahu jalan, tanah lapang atau di hadapan premis bangunan.
Pesalah-pesalah akan diambil tindakan, aduan boleh dibuat terus kepada MBMB.
 
 
Sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan sampah dan kebersihan, sila hubungi MBMB di:
 

Jabatan Pengindahan Bandar,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Razak - Ayer Keroh, 
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka.
Tel: 1-800-88-8411 (Tindakan Segera)

<< Kembali

Bookmark and Share
Paparan : 1510
Tarikh Akhir Dikemaskini : 16 Mei 2011
Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Terma & Syarat |   Dasar Privasi |   Dasar Keselamatan |   Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768