Latar Belakang KPI
Sekilas Pandang
Kerajaan Malaysia telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, PBT perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang dikeluarkan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan adalah disampaikan kepada pelanggan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi agensi secara keseluruhannya.
KPI MBMB mula dibangunkan bersama pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada Ogos 2004. Modul ini disediakan selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (Bil. 2), bertarikh 7 April 2005.
MBMB telah dipilih sebagai pelaksana projek perintis Program KPI berdasarkan pencapaian di dalam pelaksanaan program-program kualiti seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan MS ISO 9001 : 2000.
Apa itu KPI?
KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses pembangunan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi.
Kembali