Pengenalan Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Petak Letak Kereta dan Pembelian Pas-pas Bulanan. Sewaan Petak Penyewaan petak letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak yang disewakan akan direzabkan untuk si penyewa dan papan tanda "DIKOSONGKAN" akan diletak di atas petak yang direzabkan ini. Papan Tanda Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tesebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja. Cara-cara Membuat Sewaan Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang. Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali. Sewaan Petak Yang Dibenarkan Klinik Swasta Kedai aksesori dan servis kereta Kedai pelancong dan kedai menjual kereta |