MENU

Spesifikasi Pokok

1. Jarak Penanaman:

  Jarak Penanaman
  Pokok utama   9m (30')
  Pokok palma   5m (15')
  Pokok renek    150mm - 230mm - (6" - 9")

(Jarak penanaman yang diberikan adalah jarak maksima untuk pokok utama dan palma).

2. Ketinggian (height) diameter batang (trunk diameter) dan bersih batang pokok (clear
    trunk
).
 

  Pokok Utama
  Ketinggian (OH)   2m- 2.5m (6' - 8')
  Diameter batang
  (T.D.)
  2.5mm - 4mm (1" - 1 1/2")

 

  Pokok Palma
  Ketinggian (OH)   3m - 3.5m (10' - 12')
  Bersih batang (CT)   300mm (12")

 

  Pokok Renek Tinggi
  Ketinggian   450mm (18")
  Saiz polibeg   230mm x 230mm (10" x 10")

 

  Pokok Renek Rendah
  Ketinggian   230mm - 300mm (9" - 12")
  Saiz polibeg   153mm x 231mm (6" x 9")

* Spesifikasi yang dinyatakan adalah spesifikasi minima.

3. Penanaman rumput

Untuk kawasan lapang dan alat mainan kanak-kanak, penanaman rumput dari jenis Axonopus compressus dengan ketulenan 90% hendaklah ditanam. Penanaman secara rapat ( close turfing ) adalah digalakkan tetapi jika ditanam secara jarak (spot turfing): keadaannya mestilah menyeluruh semasa lawatan pemeriksaan sokongan CF dijalankan.

Untuk kawasan surau, balai raya dan tepian jalan, penanaman rumput Axonopus compressus dengan ketulenan 70% dan ditanam seperti prosedur di atas.

 

Penanaman Rumput

Pokok Yang Tidak Dibenarkan Sama Sekali

Berikut adalah contoh pokok-pokok yang tidak dibenarkan dalam penanaman lanskap MBMB:-  

 Pokok   Nama Tempatan
  1. Pterocarpus indicus
  2. Terminalia catappa
  3. Cerberra odallum
  4. Hura criptans
  Angsana
  Ketapang
  Pong-pong
  Payong Indonesia
 

(Hura criptans dibenarkan  ditanam dengan syarat pemaju dapat memberi jaminan untuk membuang duri yang terdapat pada batang pokok).

Alat Permainan Kanak-Kanak

Alat permainan kanak-kanak yang hendak dibekalkan dan dipasang adalah daripada jenis bersepadu. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ketahanan yang tinggi serta diperakukan oleh agensi seperti SIRIM atau mendapat Sijil ISO 9002. Elemen-elemen asas yang perlu dibekalkan hendaklah mengandungi:-

  1 unit struktur bersepadu (termasuk gelongsor)
  1 unit buaian (double seater)
  2 unit spring item (single seater)
  1 unit jongkang-jongkit (see saw)

Permohonan untuk alat permainan hendaklah dikemukakan bersama pelan cadangan sebanyak 4 lampiran yang ditandatangani oleh pemaju atau pihak perunding.

 Alat Permainan Kanak-kanak

Pindaan dan Perubahan Pelan

1. Jabatan Pengindahan Bandar bagi pihak MBMB berhak untuk memindamana-mana pelan cadangan yang dikemukakan mengikut kesesuaian dan saiz projek. Ini adalah bagi memastikan pelan cadangan yang dikemukakan selaras dengan perancangan landskap yang dikendalikan oleh jabatan ini.

2. Perubahan pelan yang disebabkan oleh pihak tuan hendaklah diikuti dengan permohonan baru.

3. Permohonan yang melebihi dua (2) tahun perlu dikemukakan kembali.

Senarai Pokok-Pokok Yang Disyorkan

Tepian Jalan Utama

  Nama Botani  Nama Tempatan
  1.  Swietenia macrophylla  Mahagoni
  2.  Alstonia angustiloba  Pulai
  3.  Eugenia grandis  Jambu Laut
  4.  Mimusops elengi  Tanjong
  5.  Eugenia polyantha  Salam
  6.  Hopea odorata  Merawan Siput Jantan
  7.  Melia excelsa  Sentang
  8.  Spathodea campanulata  Pancut-Pancut
  9.  Melaleuca leucodendron  Gelam
  10.Eucalyptus deglupta  Minyak Kayu Putih
  11.Khaya senegalensis  Khaya
  12.Gustavia superba  Gustavia
  13.Dryobalanops aromatica  Kapor
  14.Melia indica  Mambu
  15.Tamarindus indica  Asam Jawa
  16.Saraca thaipingensis  Saraca Kuning
  17.Sterculia foetic  Kelumpang

 

Kawasan Lapang

Ditanam secara kelompok (Jarak Penanaman - 5 M (15 Kaki) 

  Nama Botani      Nama Tempatan
  1. Samanea saman
  2. Peltophorum pterocarpum
  3. Delonix regia
  4. Eugenia grandis
  5. Adenanthera pavonina
  Hujan-Hujan
  Batai Laut
  Semarak
  Jambu Laut
  Saga

 
Kawasan Surau / Balai Raya Dan Gerai (Perimeter)

Nama Botani Nama Tempatan
1. Cocos nucifera (Yellow Dwarf)
2. Areca catechu
3. Veitchia merillii
4. Neodypsis decaryi
5. Phoenix reclinata
6. Roystonea regia
7. Roystonea oleraceae
8. Archontophoenix alexandrae
9. Livistonia rotundifolia
10.Livistonia chinensis
11.Bentinkia nicobarica
12.Chrysalidocarpus madagascarensis
13.Wodyetia bifursata
 Kelapa Gading
  Pinang Kampung
  Palma Manila
  Palma Segitiga
  Kurma
  Pinang Raja
  Palma Raja
  Palma Iskandar
  Palma Kipas
  Palma Kipas Cina
  Palma Bentinkia
  Palma Madagascar
  Palma Wodyetia

 

Pokok untuk kawasan tepian jalan perumahan

1) Pokok Utama 

  Nama Botani   Nama Tempatan
  1. Baohinia blakeana
  2. Cinnamomun iners
  3. Casuarina nobile
  4. Dalbergia oliveri
  5. Erythrina variegata
  6. Erythrina glauca
  7. Ficus benjamina
  8. Filicium decipiens
  9. Gardenia carinata
  10.Jacaranda filicifolia
  11.Lagerstromia floribunda
  12.Lagerstromia flos reginae
  13.Melia indica
  14.Mesua ferrea
  15.Michelia alba
  16.Michelia champaca
  17.Mimusops elengi
  18.Podocarpus bolustachys
  19.Salix babylonica
  20.Tamarindus indica
  21.Tabebuia spectabilis
  Tapak Kuda
  Kayu Manis
  Cemara
  Tamalan Tree
  Dedap Batik
  Dedap
  Beringin
  Kiara Payung
  Cempaka Hutan
  Jambul Merak
  Bungor Kedah
  Bungor
  Mambu
  Penaga Lilin
  Cempaka Putih
  Cempaka Kuning
  Tanjung
  Kayu Cina
  Janda Merana
  Asam Jawa
  Tekoma

 

2 Pokok Palma

(Rujuk Perkara 3)Kawasan tangki najis dan Sub-Station TNB

  Nama Botani   Nama Tempatan
  1. Ixora javanica
  2. Bafia nitida
  3. Hibiscus rosa sinensis
  4. Acalypha wilkesiana
  5. Rhaphis excelsa
  6. Ficus macrophylla
  Siantan
  Bafia
  Bunga Raya
  Acalipa
  Rapis
  Ara Emas

Bagi cadangan landskap untuk rumah kedai, kotak penanaman berukuran 1m x 1m x 1m hendak disediakan dan ditanam dengan pokok palma seperti berikut:
 

  Nama Botani   Nama Tempatan
  1. Veitchia merillii
  2. Areca catechu
  3. Roystonia regia
  4. Lain-lain seperti perkara 3
  Palma Manila
  Pinang Kampung
  Palma Raja
 

*Palma berumpun tidak digalakkan untuk ditanam.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 11 Disember 2017 - 12:17am