English | Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Jurnal Content Search

 

Pindah Milik


Definasi Pegangan Berkadar (Peruntukan Sek. 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976) 

Apabila sesuatu pegangan berkadar dijualbeli  atau dipindahmilik sama ada secara kasih sayang atau pesaka, maka adalah menjadi tanggungjawab penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindahmilik untuk memaklumkan kepada Majlis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penjualan atau pindah milik dengan mengemukakan :-

 

* BORANG I atau BORANG J

 

 

Pembeli/penjual hendaklah mengemukakan BORANG I sekiranya berlaku :-

   Jualbeli hartanah.

   Pemberian kasih sayang/antara keluarga.

   Perintah Mahkamah.

 

 

Penerima pesaka hendaklah mengemukakan BORANG J sekiranya berlaku :-

   Penukaran pemilik akibat kematian pemilik asal.

   Penyerahan harta pusaka.

   Perintah Mahkamah.

Pindah Milik 1

 

Permohonan Pindahmilik boleh dibuat oleh pemilik atau peguam, sertakan:

 

1 salinan Borang I yang dibeli dari MBMB dan diisi dengan lengkap.

1 salinan Dokumen Hakmilik Tanah yang telah dipindahmilik kepada pemilik yang baru, atau

1 salinan Perjanjian Jualbeli, atau

1 salinan surat Penyerahan Hak, atau

Perintah Mahkamah

Salinan resit bayaran Cukai Taksiran Harta terkini yang telah dijelaskan

 

 

 

Perhatian : Semua dokumen yang tersebut di atas hendaklah disahkan oleh Peguam, Sidang, Ketua Kampung, Wakil Rakyat atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. 

 

Pindah Milik 2 

 

 

Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana pihak yang gagal membuat pindahmilik pegangan berkadar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau dikenakan hukuman penjara.

Peta

 

 

 

 

 
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia Laman Web Rasmi Multimedia Super Corridor Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan