Definasi Pembangunan Tanah
Mengikut Akta 172 (32) pembangunan bermakna :-
Menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, pelombongan, perindustrian
atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya di atas, di sebelah atas atau di bawah
tanah.
Membuat sesuatu perubahan matan tentang penggunan sesuatu tanah atau
bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya.
PERUBAHAN MATAN : Sebarang perubahan atas kegunaan tanah atau bangunan,
perubahan ke atas intersiti kegunaan tanah, perubahan semula kegunaan sedia ada atas
sesuatu tanah tersebut.
Memecah sempadan atau mencantum lot-lot tanah.
Adakah Anda Memerlukan Tukar Syarat?
Sekiranya tanah milik anda mempunyai syarat pertanian atau tiada apa-apa
syarat nyata (Nil), anda dikehandaki menukar syarat tanah tersebut kepada
bangunan, perniagaan atau perusahaan supaya membolehkan anda mendirikan
lebih daripada sebuah bangunan kediaman atau perniagaan/ perusahaan.
Permohonan tukar syarat pecah sempadan hendaklah dikemukakan kepada:
PENTADBIRAN TANAH DAERAH,
Melaka Tengah,
Bangunan Seri Negeri,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.
Permohonan Pecah Sempadan/ Tatatur
Pecah Sempadan Tanah bermaksud bahawa tanah yang sedang di bawah
sesuatu hakmilik persendirian dipecah sempadan kepada 2 (dua) atau
lebih bahagian untuk mendapatkan hakmilik-hakmilik berasingan. Hakmilik
ini penting bagi permohonan pelan bangunan.
Permohonan tatatur yang memerlukan pecah sempadan hendaklah dibuat
melalui Pentadbiran Tanah Daerah Melaka Tengah dan Urusetia bagi
permohonan pecah sempadan ini ialah Pengarah Tanah dan Galian
Melaka. Semua pelan-pelan yang telah diproses akan dihantar kepada
MBMB untuk kelulusan perancangan.
Permohonan Tatatur
Bagi pembangunan tanah di mana syaratnya ialah bangunan dan tidak
melibatkan pecahan sempadan, permohonan kelululsan tatatur boleh
dikemukakan terus kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan
mengemukakan perkara-perkara di bawah ini:-
1. Borang permohonan PK-JPKB-03-R1.
2. 14 salinan pelan tatatur yang lengkap.
3. Carian rasmi bagi tanah yang hendak dibangunkan.
4. Resit cukai tanah dan cukai taksiran harta terbaru bagi tanah
yang hendak dibangunkan.
5. 1 salinan pelan tatatur.
6. 1 salinan pelan ukur terperinci 50 kaki sekeliling tapak.
7. Borang "Memorandum and Article" (M&A).
8. Borang 24 & 49.
9. 4 salinan pelan parit dan jalan.
10. 3 salinan laporan cadangan pembangunan (LCP).
Pelan Bangunan


Hanya setelah mendapat surat hakmilik berasingan dan kelulusan
tatatur sahaja pelan bangunan boleh dihantar kepada MBMB untuk
dipertimbangan.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
JABATAN PERANCANG BANDAR
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka.
Tel:







06-2326411 Fax: 06-2325716