English | Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Jurnal Content Search
Pelan Landskap


Pelan Cadangan Landskap


1. 4 salinan pelan cadangan landskap. (3 salinan berwarna - 1 salinan linen) hendaklah
   dikemukakan.

2. Pelan cadangan landskap hendaklah diwarnakan seperti berikut:-

Pelan  
Warna
 Pokok utama, palma, renik  Hijau atau yang bersesuaian
 Kawasan lapang, kawasan surau,
 balai raya dan bahu jalan
 Hijau
 Jalan raya, jalan belakang, lorong  Kuning
 Sungai, kolam oksidasi, longkang dan
 sumber air
 Biru
 Alat permainan kanak-kanak  Coklat
 Sub-station  Merah
 Pelan lokasi  Merah jambu


3. Skala untuk pelan tapak adalah 1: 350, 1:250 atau yang setara.

4. Pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangan oleh tuan rumah, pemaju dan perunding
    (Arkitek Landskap) yang bertauliah.

5. Pelan cadangan yang berfasa perlu disertakan pelan induk landskap dan persembahan
    pelan keseluruhannya hendaklah sempurna.



Spesifikasi Pokok

1. Jarak Penanaman:

 

Jarak Penanaman
 Pokok utama  9m (30')
 Pokok palma  5m (15')
 Pokok renek   150mm - 230mm - (6" - 9")

(Jarak penanaman yang diberikan adalah jarak maksima untuk pokok utama dan palma).


2. Ketinggian (height) diameter batang (trunk diameter) dan bersih batang pokok (clear
    trunk
).

 

 Pokok Utama
 Ketinggian (OH)  2m- 2.5m (6' - 8')
 Diameter batang (T.D.)  2.5mm - 4mm (1" - 1 1/2")

 

Pokok Palma
 Ketinggian (OH)  3m - 3.5m (10' - 12')
 Bersih batang (CT)  300mm (12")

 

Pokok Renek Tinggi
 Ketinggian  450mm (18")
 Saiz polibeg  230mm x 230mm (10" x 10")

 

Pokok Renek Rendah
 Ketinggian  230mm - 300mm (9" - 12")
 Saiz polibeg  153mm x 231mm (6" x 9")

* Spesifikasi yang dinyatakan adalah spesifikasi minima.

3. Penanaman rumput

Untuk kawasan lapang dan alat mainan kanak-kanak, penanaman rumput dari jenis Axonopus compressus dengan ketulenan 90% hendaklah ditanam. Penanaman secara rapat ( close turfing ) adalah digalakkan tetapi jika ditanam secara jarak (spot turfing): keadaannya mestilah menyeluruh semasa lawatan pemeriksaan sokongan CF dijalankan.

Untuk kawasan surau, balai raya dan tepian jalan, penanaman rumput Axonopus compressus dengan ketulenan 70% dan ditanam seperti prosedur di atas.

Penanaman Rumput

 

 

Pages: 1  2  3  

 
Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia Laman Web Rasmi Multimedia Super Corridor Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan