Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Parit
Tujuan Pelan Kerja Tanah Perlu Diluluskan
| 1. Menentukan kerja tanah secara tambakan atau potongan selaras dengan kehendak undang-undang majlis. |
| 2. Menentukan kerja tanah yang dibuat sesuai, selamat dan tidak melibatkan gangguan kepada orang awam. |
| 3. Menentukan kerja-kerja tambakan atau potongan tidak menjejaskan infrastruktur asas seperti jalan, parit dan sebagainya. |
Cara Mendapatkan Kelulusan

| 1. Pelan-pelan yang lengkap perlu dikemukakan oleh Jurutera Perunding berdaftar berserta borang khas yang ditetapkan oleh majlis yang boleh didapati dari Jabatan Kejuruteraan. (Borang PK-JKPJ-R2 dan Borang PK-JKPJ-R1 boleh didapati dengan harga RM 1 senaskah yang dengan sendiri akan menerangkan keperluan Majlis). |
| |
| 2. Sila ambil perhatian bahawa Majlis telah mendapat sijil ISO9002 di mana setiap keperluan dan syarat di dalam borang berkaitan perlulah lengkap. Bagi permohonan yang tidak lengkap ianya tidak akan didaftarkan sehingga semua keperluan seperti tercatit di borang berkaitan dipatuhi. |
| |
| 3. Pemohon dinasihatkan untuk benar-benar memahami syarat-syarat permohonan yang ditetapkan agar permohonan kelulusan pelan dapat diluluskan mengikut Piagam Majlis. (Di mana permohonan yang lengkap akan dapat diluluskan selewat-lewatnya selama 8 minggu). |