MENU

Pengenalan

Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Petak Letak Kereta dan Pembelian Pas-pas Bulanan. 

Sewaan Petak

Penyewaan petak letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak yang disewakan akan direzabkan untuk si penyewa dan papan tanda & DIKOSONGKAN akan diletak di atas petak yang direzabkan ini. 

Papan Tanda

Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tesebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja. 

Cara-cara Membuat Sewaan

Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang. Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali. 

Sewaan Petak Yang Dibenarkan

  • Klinik Swasta
  • Kedai aksesori dan servis kereta
  • Kedai pelancong dan kedai menjual kereta.
  • Mewujudkan dan menanamkan kesedaran kebersihan di kalangan penduduk taman perumahan.

Kadar Bayaran

Sewaan satu petak sebulan sebanyak RM157.50 (termasuk caj perkhidmatan 5 %). Deposit satu papan tanda sebanyak RM300.00. 

Tanggungjawab Penyewa

  • Hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan.
  • Kerosakan dan kehilangan papan tanda hendaklah diganti.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Jun 2017 - 3:29pm