Cara Memohon Lesen
Bagaimana Mendapatkan Lesen
Lesen perniagaan boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan dan Kesihatan MBMB yang merupakan pusat serenti lesen MBMB.
Tindakan yang perlu dibuat :
Dapatkan borang permohonan lesen secara percuma di Jabatan Pelesenan dan Kesihatan untuk mendapatkan lesen perniagaan.Anda dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.
Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:
![]() |
Memorandum Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Syarikat |
![]() |
10 salinan pelan lokasi yang menunujukkan di mana perniagaan hendak dijalankan |
![]() |
1 salinan surat Perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) |
![]() |
1 salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (C.F)/ Bil bayaran cukai harta/Geran hakmilik tanah |
![]() |
10 keping gambar premis (pandangan hadapan) bersaiz 3R |
Bagi Lesen Iklan anda dikehendaki mengisi borang PPKP2
Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:
![]() |
Dua (2) salinan lakaran yang menunjukkan maklumat penuh iklan itu |
![]() |
Pelan lokasi yang menunjukkan tempat iklan hendak dipasang |
![]() |
Satu (1) salinan pendaftaran perniagaan untuk iklan pejabat atau salinan lesen perniagaan MBMB |
![]() |
Pelan struktur dengan perakuan seseorang akitek / jurutera struktur berdaftar yang mengesahkan bahawa struktur itu akan berada dalam keadaan tegap dan kukuh. (Bagi permohonan papan dinding dan "sky sign" sahaja) |
![]() |
Borang yang telah dipenuhkan hendaklah diserahkan ke Jabatan Pembangunan Dan Kawalan Perniagaan MBMB dengan disertakan bayaran proses sebanyak RM3.00 sahaja. |
![]() |
Tempoh pemprosesan lesen adalah 25 hari sekiranya lengkap. |