MENU

Iklan Sementara

Kelulusan Iklan

Lesen iklan untuk sepanduk, kain rentang, gegantung dan belon dikeluarkan dalam bentuk sementara. Tempoh maksimum iklan tersebut dibenarkan digantung adalah selama 30 hari (1 bulan). Lanjutan tempoh iklan digantung dibenarkan setelah permohonan daripada pelesen disemak dan iklan yang hendak dipamer, diganti atau masih dalam keadaan baik.

Cara Memohon Lesen Iklan Sementara
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan iklan sebenar yang boleh dipamerkan.
Pegawai Pelesenan akan memberikan kelulusan setelah berpuas hati dengan pematuhan syarat-syarat yang dikenakan dalam penulisan iklan.

Setelah pemohon menjelaskan bayaran, iklan tersebut akan diberi pelekat/cop sebagai tanda kelulusan.

 

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Bayaran proses

RM5.00

Sticker/ pelekat

RM5.00

Kadar lesen (RM5.00 untuk tambahan 1 meter persegi)

RM25.00

Caj penurunan (setiap kain rentang / gegantung)    

RM10.00 sehelai

 

RM15.00 sehelai bagi saiz
9m persegi - 15m persegi

 

RM20.00 sehelai bagi saiz
16m persegi - 25m persegi

 

RM100.00 sehelai bagi saiz
melebihi 25m persegi & juga yang digantung di tempat tinggi

Kadar ini bergantung kepada jumlah iklan dan jenis iklan yang dipamerkan

Peraturan Umum

  1. Majlis akan menurunkan sepanduk di tempat-tempat yang dilarang, sepanduk yang tercabut daripada ikatannya, tidak berlesen dan telah tamat tempoh.
     
  2. Pelesen bertanggungjawab memastikan iklan digantung di tempat yang dibenarkan, setiap masa terikat dengan kemas.
     
  3. Iklan yang mempamerkan minuman keras dibenarkan digantung di premis yang mendapat lesen minuman keras daripada Pejabat Daerah sahaja.
     
  4. Lesen iklan sementara tidak akan dipertimbangkan bagi premis yang tidak diluluskan lesen premis perniagaannya oleh MBMB.
     
  5. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh satu hari sahaja.
     
  6. Deposit akan lupus jika iklan papan dinding diturunkan oleh Majlis di atas kegagalan pelesen menurunkannya.
     
  7. Deposit iklan hanya boleh dituntut selepas papan dinding dibuka oleh pelesen dengan mengemukakan bersama resit asal dan salinan kad pengenalan.

 

Jika anda mempunyai masalah, sila hubungi:

JABATAN PELESENAN DAN KESIHATAN

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka

Tel : 06-285 9799 Faks : 06-231 2584

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 16 Disember 2017 - 12:47am