MENU

Melaka Sentral

Melaka Sentral

Melaka Sentral,  terminal bas dan  teksi bagi Melaka terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia merupakan projek pembangunan 3 komponen yang terdiri daripada terminal bas dan teksi  terbesar di negara ini, sebuah pasar dan sebuah bazar. Diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Melaka Sentral telah dibuka pada tahun 2004. Reka bentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional  dan moden Malaysia yang menarik. Bandaraya Melaka mempunyai sebuah terminal pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali sebagai Melaka Sentral dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan pusat perhentian bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia pada hari ini. Tiada pusat perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral.

 

Panorama Melaka - Bas Dua Tingkat yang dibawa masuk ke Melaka dari London pada tahun 2007 untuk menawarkan pemandangan  panoramik Melaka yang menyenangkan kepada penumpangnya. Bas ini berhenti di 13 hentian menarik di sekitar  Pusat Bandar  termasuk kawasan  bersejarah, membeli-belah dan rehat. Anda boleh naik dan turun sesuka hati dan melawat  pelbagai  mercu tanda  Melaka seperti Hang Tuah Mall, Kampung Chitty, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Stadhuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Telaga  Hang Li Poh dan banyak lagi.
 

Peta Laluan Bas Awam Melaka Tengah

 

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Peta Laluan Bas Awam Melaka Tengah

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang digunakan untuk penerbangan penghantaran dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Batu Berendam sedang dalam proses naik taraf dan dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak, pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.

 

Menerokai Bandaraya Melaka Dengan Menaiki Beca

Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di bangunan Stadthuys.

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 9:36am