MENU

Pada puncak tertinggi pulau ini terdapat satu bongkah batu besar yang terbelah di bahagian tengah. Ia dinamakan "Batu Belah" dan merupakan destinasi kegemaran untuk penziarah tempatan. Pulau ini dianggap suci oleh penduduk tempatan. Pengunjung dinasihatkan untuk menahan diri daripada memakan daging khinzir pada malam sebelum lawatan dan sepanjang masa mereka berada di sana. Mereka juga mestilah berkelakuan terbaik semasa di pulau itu. Pelawat boleh menaiki motobot di Pernu, Umbai untuk melawat pulau ini.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 9:36am