MENU

Informasi Mengenai Melaka Alive

Melaka Alive menawarkan satu konsep baru dalam mempelajari sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Nuevo Attraction & Destination Sdn Bhd berperanan menjayakan Melaka Alive dengan menggabungkan unsur-unsur teater dan sejarah berlatarbelakangkan penggunaan teknologi canggih seperti air pancut sebagai layar bagi memaparkan video dan penggunaan audio bagi menambahkan impak kepada pengunjung yang hadir merasai pengalaman kembali ke dalam Zaman Emas melalui Melaka Alive.

Dengan matlamat untuk menjadikan Melaka Alive! Sebagai daya tarikan utama bagi pelancongan dan kebudayaan di Malaysia, adalah diharapkan sokongan setiap agensi pelancongan diseluruh Negara dan khususnya kerajaan negeri Melaka dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pengunjung yang ingin mengetahui tentang sejarah dalam konsep yang sangat menarik dan berbeza.

Membawa kembali pengunjung di era abad ke 6, Melaka Alive! adalah satu pengalaman yang sukar diperolehi dengan dikelilingi bangunan-bangunan warisan sedia ada dan muzium di Melaka. Tarikan lain adalah termasuk kesan khas yang digunakan semasa persembahan teater muzikal dan konsep bazaar yang berbeza di tempat lain.

 

 Tarikan Utama

Bahtera Merdeka - Persembahan teater muzikal yang dilakukan diatas pentas dengan senibina seperti seperti sebuah bahtera berkapasiti 400 penonton bagi setiap persembahan. Kisah Panglima Awang dihidupkan semula dalam teater muzikal ini dimana kisah hidup beliau disepanjang pelayaran mengelilingi dunia dan serangan ke atas Portugis. Menggabungkan fakta kajian sejarah, teater dan tarian melayu tradisional akan lebih menarik minat semua pengunjung yang menonton teater tersebut.

Colors of Melaka - Colours of Melaka adalah bazaar malam yang direka bagi semua pengunjung yang mengunjungi tapak Melaka Alive dengan berkonsepkan pasar kuno abad ke-15 kesultanan melayu. Setiap gerai jualan menyajikan makanan tradisional melayu, dan baba nyonya Melaka mengunakan konsep kereta lembu sebagai gerai jualan yang berlatarbelakangkan persembahan teater dimana menambahkan lagi kepada suasana dan persekitaran pada zaman dahulu seperti yang terdapat dalam sejarah.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 12:17am