MENU

Tun Abdul Ghaffar merupakan Ketua Menteri Melaka yang kedua dan yang pertama dipilih oleh rakyat. Tempoh perkhidmatannya bermula dari 1 Jun 1959 sehingga 5 Oktober 1967.  Tun Abdul Ghaffar juga telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5hb. Mei 1986 dan juga sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 1986.  Tun Abdul Ghaffar merupakan yang paling lama dalam perkhidmatan kerajaan sejak beliau memenangi pilihan raya pertama pada tahun 1955. Bagi mengenang jasa baktinya, kerajaan Negeri Melaka telah menjadikan kediamannya di Bukit Peringgit sebagai Galeri Tun Abdul Ghaffar bin Baba yang dibuka kepada umum pada tahun 2006.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 9:36am