MENU

Medan Selera

Melaka kaya dengan berbagai adat,budaya dan kepercayaan kerana di sinilah terdapat berbagai kaum dan etnik tempatan seperti Melayu, Cina , India serta kaum Baba Nyonya, Chitty dan Portugis.

Melaka tempatan serta antarabangsa yang terdapat di bandaraya ini turut beraneka dan dapat memenuhi berbagai citarasa. Dari bahan-bahan masakan sehinggalah cara masakan, ianya menampilkan barisan hidangan yang sangat enak dan membangkitkan selera. Nikmati makanan- makanan lazat dan meyelerakan ini di gerai –gerai dan restoran-restoran sama ada ditepian jalan sehinggalah di hotel –hotel sama ada di tepian jalan sehinggalah di hotel –hotel yang terdapat di mana-mana pelosok Bandaraya ini.

Anda juga berpeluang menikmati makanan tempatan segera dengan harga murah dari RM 1.00 di mana-mana pasar malam sekitar bandaraya yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ataupun komuniti tempatan.

 

Menu Menarik Negeri Melaka

    * Masak Gerang Asam / Asam Pedas Melaka
    * Masak Lemak Nenas
    * Kari Kepala Ikan
    * Nasi Ayam Bebola
    * Masak Ayam Pongteh
    * Cencaluk / Belacan / Ulam –ulaman
    * Roti Canai / Teh Tarik
    * Ikan Bakar
    * Laksa Nyonya
    * Tom Yam
    * Kari Devil
    * Ikan Bakar Portugis
    * Nasi Daun Pisang
    * Nasi Lemak
    * Sate
    * Cendol dan banyak lagi

Antara Lokasi Makan-Makan

    * Medan Ikan Bakar, Serkam
    * Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai
    * Kawasan Taman Melaka Raya
    * Medan Portugis, Ujong Pasir
    * Jonker Walk
    * Medan Selera Ayer Keroh
    * Medan Selera Taman Cempaka ( Jalan Tun Abdul Razak )
    * Warung kuih ( Jalan Ujong Pasir )
    * Medan Samudra, Jalan Taman
    * Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong
    * Medan Ikan Bakar Muara Sungai Punggor, Alai
    * Mahkota Parade dan banyak lagi
 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 11 Disember 2017 - 12:17am