MENU

Chitty di Melaka merupakan kaum India kelahiran Selat Melaka dan berketurunan pedagang India yang datang dari Panai Koromandel di India. Keturunan komuniti unik ini merupakan waris pedagang India yang telah menjejakkan kaki ke sini sekitar abad ke-15. Mereka mengamalkan kepercayaan Hindu, bertutur Bahasa Melayu, makanan mereka lazimnya makanan India dan mereka mempraktikkan adat perkahwinan tradisional India. Perempuan Chitty memakai kain sarung sama seperti wanita Nyonya dan Melayu tradisional.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 9:36am