MENU
  • Menyelaras perancangan pembangunan dan kegunaan tanah Bandaraya Melaka selaras dengan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Melaka dan Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah.
  • Menguruskan dan menyeragamkan semua prosedur pemajuan tanah projek pembangunan berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Mengurus dan menyelenggara projek prasarana awam dan Majlis serta menguatkuasakan pematuhan alam sekitar ke arah Bandaraya Lestari.
  • Memproses pengurusan dan kelulusan pelan bangunan, penguatkuasaan, penetapan dasar serta garis panduan disamping pemuliharaan kawasan warisan bagi mencapai objektif MBMB yang lebih efisyen dan efektif.
  • Merancang, menyelenggara dan memantau projek pengindahan dan pembersihan awam yang berkualiti.
  • Menyedia dan membekalkan keperluan logistik bagi kemudahan dan kesejahteraan warga bandaraya.
  • Menggalakkan pertumbuhan perniagaan melalui pengeluaran lesen yang cekap dan mengawasi kesihatan awam warga bandaraya.
  • Meningkatkan peluang-peluang ekonomi warga bandaraya dengan prasarana perniagaan yang berkualiti serta pengurusan aduan yang bersistematik.
  • Menjana hasil Majlis melalui kutipan Cukai Taksiran dan Pengurusan Aset Majlis dengan lebih efisyen.
  • Memastikan penyelenggaraan harta bersama secara teratur dan tersusun berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
  • Menguatkuasa undang-undang dan memberi kefahaman berkaitan perundangan dalam semua urusan Majlis.
  • Menyediakan dan memastikan sistem pengurusan sumber dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, cekap dan berkesan ke arah persekitaran kerja yang kondusif.
  • Memantapkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.
  • Memantapkan jaringan komunikasi yang baik dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, media, NGO dan masyarakat di peringkat tempatan serta antarabangsa.
  • Memantau pelaksanaan sistem pengurusan Majlis yang berkesan dan berintegriti. 
Kemaskini Terakhir: Isnin, 11 Disember 2017 - 12:17am