MENU

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

  1. Pertandingan terbuka kepada semua yang berumur 4 hingga 12 tahun dan
    dipertandingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan.
  2. Hanya PENSEL WARNA sahaja yang dibenarkan.
  3. Peserta dikehendaki mewarna pada kertas lukisan yang disediakan oleh pihak
    penganjur dan mengikut daya kreativiti masing-masing.
  4. Masa ynag diberikan adalah selama 1 jam 30 minit sahaja.
  5. Peralatan mewarna adalah tanggungan sendiri.
  6. Ibubapa/penjaga dilarang sama sekali membantu peserta sama ada dari dalam
    atau luar kawasan pertandingan. Sekiranya berlaku, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
  7. Peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada
    jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi pada hari pertandingan. Pendaftaran juga
    dibuka secara online mulai 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.
  8. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
    dilayan.
  9. Penyertaan adalah PERCUMA.
  10. Pendaftaran: http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
Kemaskini Terakhir: Sabtu, 20 April 2019 - 12:32am