MENU

 

 

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE

  1. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Pihak penganjur akan menyediakan kertas lukisan bersaiz A3(Drawing block).
  3. Lukisan dan idea mestilah hasil ciptaan sendiri.
  4. Lukisan hendaklah bertemakan TAHUN MELAWAT MELAKA 2019.
  5. Masa yang diberikan adalah selama 1 jam sahaja.
  6. Peralatan melukis/mewarna/mengalas meja adalah tanggungan sendiri.
  7. Hasil lukisan adalah hak milik penganjur.
  8. Pengajanjur berhak menggunakan hasil lukisan untuk tujuan pameran, promosi, penerbitan dan dokumentasi tanpa persetujuan peserta.
  9. Peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada jam 12.00 tengah hari sehingga 1.00 tengah hari pada hari pertandingan. Pendaftaran juga dibuka secara online mulai 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.
  10. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  11. Penyertaan adalah PERCUMA.
  12. Pendaftaran: http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
Kemaskini Terakhir: Sabtu, 20 April 2019 - 12:32am