MENU

 

 

Dimaklumkan semua pelesen di dalam kawasan pentadbiran MBMB yang telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 diwajibkan untuk mengisi borang kajiselidik di pautan https://forms.gle/FKnuWJT1zdYBRayz6 sebelum tarikh akhir pada 30 September 2021 bagi tujuan pelaporan dan tindakan susulan oleh MBMB.

Bagi pelesen yang masih belum mendapat tarikh vaksinasi, anda boleh 'walk-in' sahaja ke :

▪︎PPV Stadium Hang Jebat;
▪︎PPV Stadium Jasin

untuk dapatkan vaksinasi anda mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bermula 8 September 2021.

 

Info penting :
▪︎ Pakai baju yang bersesuaian
▪︎ Jangan lupa bawa kad pengenalan
▪︎ Jangan lupa bawa telefon bimbit yang didaftarkan
▪︎ Sila patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan di PPV dari masa ke semasa
 

Kerjasama anda dalam menyertai kajiselidik ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 September 2021 - 3:27pm