MENU

Mulai bulan oktober 2016, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dalam menyahut saranan kerajaan, mengangkat martabat dan mengiktiraf golongan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya yang menetap di negeri Melaka, telah memperkenalkan Pas Khas Letak Kereta OKU. Pas khas ini ditetapkan pada kadar RM 50.00 bagi tempoh 6 bulan dan RM 100.00 bagi tempoh setahun dan diterima pakai di seluruh kawasan pentadbiran MBMB dan MPHTJ. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Letak Kereta MBMB di talian 06-285 9825 atau 06-285 9827. 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 9:36am