MENU

 

Notis Pemberitahuan

 

Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju memutuskan bahawa :

Penguatkuasaan Semula Kawalan Parkir Kenderaan (Perintah Pengangkutan Jalan - Peruntukan Tempat Letak Kereta, MBMB 2005) Mulai 9 Ogos 2021 (Isnin).

Waktu operasi parkir adalah mulai jam 9.00 pagi - 5.00 petang dengan kadar caj parkir/tempat letak kereta berkupon adalah 60 sen/jam, 40 sen/30 minit dan RM5/hari dan boleh dibuat samada melalui pembelian Kupon Letak Kenderaan yang dijual di pondok-pondok penjualan kupon yang berdaftar ataupun melalui Aplikasi "Smart Vehicle Parking" yang boleh dimuat turun daripada Google Apps ataupun Apps Store.

Parkir Percuma adalah pada setiap hari Isnin dan Selasa.

Sehubungan dengan itu, warga Bandaraya Melaka Bersejarah adalah diingatkan untuk mematuhi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBMB 2005 dengan mempamerkan kupon penggunaan mengikut tempoh waktu yang digunakan serta TIDAK mendatangkan halangan kepada kenderaan lain.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 September 2021 - 3:27pm