MENU
90086818_3387302707951950_121832794664992768_o 90332695_3387302777951943_3723131282876530688_o 90812671_3387302611285293_2438542023892926464_o
84456511_3387302497951971_2811036548835835904_o 89991054_3387302667951954_913806854033768448_o 90791791_3387302484618639_1545442903705255936_o
  90227932_3387302587951962_4312679771193475072_o  

 

Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung:

i. Semua premis-premis kedai makan ditutup bermula jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi termasuk khidmat pandu lalu (drive-through).

ii. Semua kedai serbaneka di stesen-stesen minyak ditutup bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi. Hanya perkhidmatan isian minyak sahaja dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada.

iii. Semua kedai runcit serta kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 Eleven atau KK Supermart yang menjual barangan keperluan harian ditutup bermula jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi.

iv. Semua pasar awam ditutup bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 pagi serta mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi bilangan pengunjung dan jarak operasi.

v. Semua pasaraya ditutup bermula jam 7.00 petang.

vi. Semua pasar malam, pasar pagi dan pasar tani tidak beroperasi.

vii. Semua gerai penjaja di bahu jalan termasuk Food Truck yang diberi lesen perniagaan ditutup bermula jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi serta mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi bilangan pengunjung dan jarak operasi.

Arahan ini berkuat kuasa mulai 21 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.
 

Muat turun surat arahan operasi premis

Kemaskini Terakhir: Isnin, 10 Ogos 2020 - 9:53am