MENU

 

AYER KEROH 22 Feb - Jabatan Perancangan Bandar, MBMB telah menganjurkan e-kuiz yang bertemakan bandaraya lestari dan pintar pada 14 Disember 2020 sehingga 18 Disember 2020 yang lepas.

Seramai 11 orang anggota MBMB telah berjaya menjawab soalan-soalan kuiz berdasarkan ketepatan jawapan dan juga slogan serta cadangan terbaik.

Tujuan e-kuiz ini diadakan bagi pemahaman mengenai konsep 'capacity building' di kalangan anggota MBMB, meningkatkan reputasi dan publisiti mengenai pelaksanaan program dan projek berkaitan Teknologi Hijau dan 'Smart City' MBMB, pendedahan tentang Melaka Bandaraya Rendah Karbon, 'Sustainable Development Goals (SDG) serta 'Resilient Melaka'.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan semua anggota maju ke arah kecemerlangan MBMB.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 March 2021 - 8:19pm