MENU

 

AYER KEROH 18 Oktober 2020 - Sistem pejalan kaki automatik (SIPKA) ini adalah salah satu projek inovatif dan kreativiti yang mengabungkan teknologi WPD (Wireless Pedestrian Detection), infrared dan lampu isyarat bagi mengantikan sistem push button.

SIPKA juga dilengkapi dengan pelican crossing, led bar pedestrian serta stop line. Projek pertama SIPKA di lintasan pejalan kaki antara Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan.

Penggunaan alat WPD yg menggunakan sensor menggantikan tempat alat push button. Pengguna perlu berdiri di zon menunggu tanpa tekan push button.

Sistem ini di gunakan di tempat lintasan pejalan kaki yang mempunyai sistem lampu isyarat.

Jom ikuti Facebook SIPKA (Sistem Pejalan Kaki Automatik).

Kemaskini Terakhir: Selasa, 27 Oktober 2020 - 11:38am