MENU

Ayer Keroh, 2 Feb - Seramai 400 warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) baru-baru ini telah menghadiri perhimpunan bulanan buat julung kalinya diadakan tahun ini.
 

Selain menjadi medium bertemu dengan semua anggota, perhimpunan kali ini turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina peringkat MBMB yang dijalankan secara sederhana tetapi meriah.
 

Menggaul 'Yee Sang' menjadi acara kemuncak perhimpunan kali ini apabila Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu telah mengetuai acara menggaul Yee Sang sambil dittemani Ahli Majlis MBMB, Ronald Gan Yong Hoe dan Pengarah Jabatan Pembangunan Korporat dan Antarabangsa, Mohd Derus Che Mat.
 

Zainal turut berpesan kepada semua warga kerja MBMB agar terus cemerlang, komited dan penuh semangat kesukanan.Pada masa sama, turut disampaikan fail meja kepada 18 anggota MBMB yang mendapat status lantikan tetap serta penyampaian anugerah kepada pekerja terbaik bagi November dan Disember lepas.

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 16 November 2019 - 1:02am