MENU

 

 

BANDARAYA KUALA LUMPUR 21 Julai - Program Penanaman Pokok Melaka yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nor Hisham bin A. Dahlan Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama YBhg. Tn. Hj. Mansor bin Sudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah. Bertempat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka Datuk Tey Kok Kiew dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lin.

DBKL menerima 16 pokok Melaka sempena ulang tahun MBMB sebagai Bandaraya Bersejarah ke-16, selain sebagai tanda kerjasama menerusi program bandar raya berkembar antara dua pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit yang mencecah 30 tahun.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Oktober 2019 - 4:07pm