MENU

 

119288141_3320242468045429_3279398043637570673_n

BANDA HILIR 14 Sept. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengadakan sesi walkabout di sekitar Pahlawan Walk, di sini.

Muhyiddin tiba di lokasi tumpuan beli-belah cenderamata itu kira-kira jam 12.55 tengah hari yang turut diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

Sesi walkabout itu berlangsung kira-kira 20 minit yang mana beliau sempat menyantuni dan bertanya khabar kepada peniaga-peniaga di kawasan berkenaan.

Sebagai simbolik lawatan, beliau telah dibawa untuk menandatangani lukisan yang mengabadikan wajahnya.

Untuk rekod, Muhyiddin mengadakan lawatan kerja seharinya ke Melaka. Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Hotel Hatten yang mana ia merupakan kali pertama mesyuarat berkenaan diadakan di luar ibu kota.

Selain Pahlawan Walk, beliau turut mengadakan lawatan ke Kilang Infineon petang ini. - Sumber Melaka Hari Ini

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 Januari 2021 - 8:57pm