MENU

 

AYER KEROH 6 September 2021 - Sekitar perjumpaan khas YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB bersama anggota MBMB Kumpulan Sokongan 1 (Gred 29) dan ke atas yang menjurus kepada pemahaman dalam penyediaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) oleh Penilai Pertama dan Kedua yang perlu diberikan perhatian. Dalam perjumpaan tersebut, Datuk Bandar menerangkan bahawa LNPT merupakan skala yang digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pemangkuan, pergerakan gaji tahunan, peminjaman / pertukaran sementara, pengesahan dalam perkhidmatan, anugerah perkhidmatan cemerlang, penganugerahan pingat, dan prestasi perkhidmatan.

Selain daripada itu, Datuk Bandar turut menasihatkan semua anggota untuk telus dan tulus dalam menjalankan amanah yang diberikan sepanjang menjawat di MBMB. Harapan beliau semoga perkhidmatan yang diberikan setara dengan ekspetasi oleh masyarakat. Perjumpaan selama 2 jam itu telah dihadiri oleh 274 anggota yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Sokongan 1.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 September 2021 - 3:27pm