MENU

 

Setinggi syabas dan tahniah diucapkan buat pasukan MBMB Warriors FC yang muncul juara Divisyen 1 Liga Melaka 2019 selepas menewaskan Andalas FC 2-1 pada Perlawanan Akhir di Stadium Hang Tuah, malam tadi (Sabtu, 14 September). Selaku juara, MBMB Warriors menerima Piala Divisyen 1 Liga Melaka, hadiah wang tunai RM15,000 serta medal manakala Andalas FC menerima RM8,000 serta medal selaku Naib Juara. Tempat ke-3 dikongsi pasukan SAMB II FC dan Perma FC dengan kedua-duanya menerima wang tunai RM3,000 serta medal.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MUSA, En Mohd Ashiq Abd Samad serta Exco-Exco MUSA. Hadir sama Setiausaha Bandaraya MBMB, En. Azahar Mohamed. Tahniah kepada semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Melaka musim ini, semoga bertemu lagi pada musim hadapan.

Kemaskini Terakhir: Ahad, 20 Oktober 2019 - 1:02am